BAGAIMANA SAYA HILANG 30KG LEMAK JAHAT, DENGAN DIET RESET HORMON DAN TEKNOLOGI AI
"Dan Peserta Program Kami Mula Nampak Perubahan Berat Ketara Seawal 4 Minggu (Tanpa Rebound Teruk)"
Ketahui formula rahsia bagaimana menundukkan selera makan, mengawal craving malam, dan menghidupkan semula metabolisme yang stuck tanpa produk kurus, tanpa berlapar, tanpa perlu meluangkan masa berjam-jam di gym, dan TANPA SEBARANG SUNTIKAN HORMON ATAU PEPTIDE BERIBU RINGGIT!
Akses Terus . Tanpa Risiko
Rekod Sebenar
Bukan Kami Yang Taip Angka Ni.
Penimbang Yang Cakap.
132 peserta, 379 kg turun. Semua kad ni app yang jana sendiri dari rekod timbang peserta, tarikh demi tarikh. Hover atau sentuh untuk berhenti, tengok satu-satu.
















































































































































Rekod timbang dicatat peserta sendiri dalam app · hasil setiap individu berbeza.
Metamorfosis Fizikal & Kesihatan


"Perbezaan ketara Raya 2025 & Raya 2026. Anda juga boleh mendapat hasil yang sama!"
Hasil setiap individu berbeza."Jujur saya katakan... Saya dulu sebijik macam anda. Malah, mungkin keadaan saya jauh lebih parah."
Saya tahu betapa kecewa dan penatnya rasa bila berat badan tak mahu turun. Sebelum saya berada di tahap fizikal hari ini, saya juga bergelut dengan masalah yang sama seperti anda — sehinggalah berat saya melonjak naik ke 90kg+ dan disahkan mengalami Obesiti Tahap 3!
Saya pernah jadi hamba kepada makanan manis. Pernah berhabis ribuan ringgit bayar personal coach, berat turun sekejap, kemudian naik semula mendadak 10kg sebaik sahaja tamat langganan disebabkan tiada sesiapa yang memantau perkembangan harian. Saya down dan hampir berputus asa.
"Namun, segalanya berubah apabila saya kembali kepada sains pemakanan dan hormon yang betul. Dari situ saya melahirkan protokol Diet Reset Hormon."
Gabungan antara Kaedah Diet Reset Hormon dan penciptaan CoachAI telah menyelamatkan hidup saya. Saya berjaya turunkan berat badan, kekal lean, bertenaga, dan yang paling penting... saya mengekalkannya sehingga ke hari ini!
Dengar Sendiri Dari Peserta Kami
Coach Muaz temu ramah peserta yang dah ikut Hormon Reset Diet. Tekan play dan dengar dengan suara.
Leret ke kiri untuk video seterusnya ›
Hasil setiap orang berbeza.



Bulan pertama, 18 peserta dah turun berat
Coach Muaz bawa Hormon Reset Diet dan CoachAI ke Program Fit Dan Sihat, Cabaran Turunkan Berat Badan 90 Hari di Pendang, Kedah, bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pendang. Peserta timbang dan log berat sendiri dalam app CoachAI sepanjang bulan pertama.
Data timbangan dalam app CoachAI, 11 Sep hingga 11 Okt 2026. 33 peserta berdaftar, 26 menimbang sekurang-kurangnya 2 kali. Hasil setiap orang berbeza.
Dipercayai Oleh 2,400+ Peserta Malaysia
Sistem pemakanan mesra pesakit slip disc, kencing manis, darah tinggi & kolesterol tinggi. CoachAI memudahkan urusan harian tanpa gagal disiplin!
“Sangat baik sebab sebelum ni semua diet plan tak menjadi. Setiap hari ada yang tolong monitor pemakanan, aktiviti dan berat kita. Apa yang saya nak makan, saya snap gambar bagi Coach AI dulu.”
“Dulu saya try macam-macam produk, habis ribu-ribu, beauty centre semua pergi, tak nampak kesan macam sekarang. Saya ikut Coach AI: fiber, protein, lepas tu baru karbo. Nasi pun saya makan juga.”
Puan HafizahTemu ramah video“Saya banyak kali naik turun berat, macam-macam produk guna. Ini first time dapat ilmu makan protein dulu, then sayur, baru nasi. Kenyang pun kenyang, happy pun dapat, tidur pun nyenyak.”
“Best program ni, tak ketat, banyak pilihan makan, sesuai untuk orang sibuk.”
“Dah lama saya cari program yang betul-betul berkesan dan mesra poket. Program diet pun pada saya agak ketat, tak interesting & menyeksakan. Sampai la saya terjumpa program ni, harga mampu milik, saya join dan ikut perlahan-lahan.”
“Program 'Protein First' ini mudah & menyeronokkan, tidak mengongkong atau menyekat keinginan makan. Walaupun makan ikut jumlah yang diperlukan sahaja, badan masih bertenaga.”
“Guidance yang diberi lebih realistik dan praktikal berbanding program diet sebelum ini. Komunikasi 'dua hala' sangat membantu untuk pastikan sentiasa di atas landasan yang betul.”
“Coach AI sangat membantu dari segi kawalan kalori dan membentuk disiplin pemakanan tanpa rasa tekanan dan lapar. Sesuai untuk orang yang suka makan, ada penyakit sendi dan tak boleh bersenam macam saya.”
“Saya yang banyak duduk depan PC pun boleh nampak result dalam bulan pertama. Yang penting berat dah turun susah nak naik balik.”
“Saya dah cuba beberapa program untuk kurus, tapi Hormon Reset Diet ini sangat membantu saya tanpa rasa stress. Saya enjoy, dapat diet dan belajar makan dengan cara betul dengan teknik Protein First.”
“Makan protein dulu sebelum karbo, banyak minum air, malam lepas pukul 7 saya tak makan. Tak ada nak berlapar sangat. Dulu tak boleh, sekarang saya boleh jogging 30 minit tanpa henti. Coach AI banyak bagi semangat.”
Che RahimahTemu ramah video, Pendang“Saya aktif bersukan dan gym, tapi banyak kali injured, jadi berat memang naik turun. 79 kg adalah yang paling berat saya pernah capai, baju memang ketat. Bila jumpa iklan di FB, saya try join.”
“Teknik ni sangat membantu saya kawal selera makan. Saya cepat rasa kenyang dan tak boleh makan nasi lebih satu senduk. Saya juga mula minum air sebelum makan untuk kurangkan carbo.”
“Saya ada slip disc, selalu buntu macam mana nak turun berat tanpa perlu exercise berat. Kat sini baru jumpa cara simple tapi menjadi.”
“Protein first membantu kenyang lebih lama, no craving, berat turun dengan reshape. Diet lain kena makan produk diorang, yang ni tak payah. Janji ikut coach, makan ikut urutan dan porsi yang betul.”
“Saya pernah ikut beberapa program untuk kurus tapi tak berjaya, berat saya macam yoyo. Saya tertarik dengan program ini sebab ada Coach AI. Banyak jugalah saya bertanya dengan Coach AI.”
“Teknik protein first ni serasi dan sangat membantu proses penurunan berat badan saya kali ni. Memang nampak penurunan selepas 7 hari. Walau tak banyak, tapi sentiasa ada penurunan.”
Petikan dari mesej WhatsApp dan video temu ramah peserta sebenar. Screenshot asal ada di bawah.
Jangan Percaya Kata-Kata Saya Je, Ini Antara Mesej Dari Peserta Sebelum Ini
Kesan seawal 4 minggu tanpa diet ketat atau berlapar teruk
Program 30 Hari Diet Reset Hormon by Evofit
Kaedah Untuk Bantu Badan Anda Reset Hormon, Pulihkan Metabolisma & Bakar Lemak
Apa Yang Ada Dalam Program Ini?
Cuba CoachAI Sekarang!
Bagaimana CoachAI memproses makanan kegemaran tempatan anda? Klik mana-mana pilihan menu Malaysia di bawah untuk melihat respons masa nyata.

"Masalah berat badan bukan kegagalan disiplin atau kurangnya "willpower", tetapi kegagalan sistem dan strategi."
Di dalam Panduan Evofit, kami bukan sekadar memberi teori, tetapi kami akan tunjukkan anda langkah demi langkah bagaimana memulihkan semula metabolisme dan menyediakan CoachAI sebagai "alat bantuan" yang berkesan.
Dapatkan Program 30 Hari & Akses Penuh Aplikasi CoachAI
Nota: Akses CoachAI adalah bonus. Produk utama anda adalah Program 30 Hari Diet Reset Hormon.
Untuk anda yang mendapatkan Program 30 Hari EvoFit hari ini, anda dapat aplikasi inovatif CoachAI dengan akses PRO penuh selama 30 hari!
Semua pembeli dapat CoachAI PRO 30 hari bernilai RM74!
Jawapan Kepada Kemusykilan Anda
Sengaja kami tapis panduan ini dengan harga komitmen, kerana kami hanya mahu membantu mereka yang betul-betul serius.
1. Wajib pergi gym atau beli peralatan mahal ke?
Tidak perlu. Fokus kita adalah 80% pemakanan terancang dan aktiviti fizikal mudah yang boleh dibuat di rumah atau pejabat, tanpa membebankan lutut anda yang sakit.
2. Kalau saya tersangat sibuk, boleh ikut ke?
Sangat boleh. Kerana itulah CoachAI dicipta. Ia mengambil masa kurang dari 1 minit untuk anda kemas kini apa anda makan melalui perbualan santai. Tiada menu diet artis yang renyah nak masak.
3. Ada jual suplemen dalam program ni nanti?
Kami tidak akan menjual sebarang produk yang "claim" boleh menguruskan atau suplemen yang overpriced. Solusi kami 100% berasaskan makanan sebenar (real food) dan teknologi. Tetapi pengasas akan memberi cadangan suplemen asas yang baik dan berkualiti untuk kesihatan optimum.
4. Makanan Malaysia boleh ke? Kena ikut rigid meal plan ke?
Boleh sangat. Anda tak perlu makan salad atau dada ayam rebus hari-hari. Formula EVOFIT mengajar anda cara "adjust" makanan kedai mamak, kedai makan melayu, atau masakan rumah supaya sentiasa mesra kalori.
5. Adakah sistem AI ini susah nak digunakan oleh orang berumur?
Sangat mudah. Asalkan anda tahu menaip mesej seperti dalam WhatsApp, anda sudah boleh menggunakan CoachAI. Anda tak perlu pening kepala memuat turun aplikasi berat dari App Store. Cuma 'Add to Home Screen' dan terus guna.
6. Kenapa RM99 sedangkan banyak info diet percuma di YouTube?
Sebab yang anda beli bukan maklumat. Maklumat memang percuma, dan itulah masalahnya. Anda dah tahu kena kurangkan gula, dah tahu kena tidur cukup, tapi badan masih sama. Yang anda dapat di sini ialah susunan langkah selama 30 hari, apa dibuat minggu pertama, apa berubah lepas 21 hari, apa dimakan bila terpaksa makan luar. Ditambah CoachAI yang pantau anda setiap hari dan tegur bila anda tersasar. YouTube tak tahu apa anda makan tengah hari tadi.
Bayangkan Perubahan Hidup Anda Selepas Ini...
Anda tidak lagi perlu berlapar atau menolak 100% makanan kegemaran anda.
Tubuh kembali cergas, ringan, bertenaga, dan paling penting: lebih senang & selesa solat tanpa sakit sendi.
Mempunyai sistem pantauan digital pintar di dalam poket anda untuk kekal berdisiplin tanpa kos ratusan ringgit sebulan.
Jangan Biarkan Masalah Kesihatan & Berat Badan Mengawal Hidup Anda!
Panduan Ini Telah Disusun Khas secara eksklusif. Anda boleh tonton, belajar dan terus mulakan langkah sihat anda hari ini juga!
Dapatkan Panduan Ini Beserta Bonus Dan Jimat Ribuan Ringgit Beli Supplement Mahal Dan Program Kurus Yang Tidak Kekal
Pakej Lengkap
RM99 ialah harga kumpulan awal. Bila ia naik ke RM199, ia naik tanpa notis.
Nilai penuh RM488, anda bayar RM99
Jumlah nilai RM488, hari ini RM99 sahaja.
Jaminan 30 hari. Ikut protokol 30 hari dan log pemakanan anda dalam CoachAI. Kalau berat anda tak turun langsung selepas 30 hari, emel kami dan kami pulangkan RM99 sepenuhnya. Semua bonus kekal milik anda.
Nota: Semua kandungan premium (video + ebook) diakses terus dalam Akademi app CoachAI.
Sertai komuniti yang tekad untuk berubah ke arah kehidupan lebih sihat pada tahun 2026.